Pulau Tinggi terletak di dalam gugusan kepulauan jajahan ta'alok Mersing,ianya terletak kira-kira 50km dari Bandar Mersing,80km dari Bandar Kota Tinggi dan 150km dari Bandaraya Johor Bahru.
Pengunjung boleh menggunakan samada jeti Mersing atau pun jeti Tanjung Leman untuk datang ke Pulau Tinggi.Pengunjung yang hendak menggunakan jeri Tg. Leman dari arah Kota Tinggi boleh menggunakan jalan Kota Tinggi-Mersing,dan belok ke kanan di simpang masuk ke Felda Tenggaroh,Sekiranya menggunakan
jeti Mersing,perjalanan menggunakan bot mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dalam keadaan cuaca baik.Manakala jika melalui jeti Tanjung Leman mengambil masa lebih kurang 45 minit-1 jam .
Antara kemudahan yang terdapat di jeti Tanjung Leman
ialah tempat letak kereta yang diawasi pengawal keselamatan 24 jam,dioperasikan oleh syarikat Metro Parking,gerai makan,kedai menjual cenderahati dan juga gerai menjual alat-alat memancing.Jeti ini juga merupakan laluan masuk utama ke Pulau Sibu dan juga kelong-kelong memancing yang terkenal.
Pengangkutan untuk ke Pulau Tinggi adalah menggunakan bot dan feri yang beroperasi mengikut masa yang ditetapkan,namun kemudahan ini terhad kepada pengunjung yang membuat tempahan melalui syarikat dan juga agensi-agensi pelancongan.Pengunjung yang ingin membuat kunjungan ke Pulau Tinggi dinasihatkan menghubungi agensi pelancongan berkaitan atau boleh berhubung terus dengan saya.Ini adalah kerana pengusaha bot tidak dapat membawa pelancong dalam jumlah yang kecil disebabkan faktor kos minyak diesel yang melambung,dimana kos untuk perjalanan pergi dan balik ke Pulau Tinggi adalah dikira pada kadar sewaan sebuah bot,dan tidak dikira mengikut jumlah penumpang.
Kemudahan yang disediakan di Pulau Tinggi adalah resort bertaraf 3 bintang .Antara resort yang masih beroperasi di Pulau Tinggi ialah Dreamz Resort atau dulunya dikenali sebagai Nadias Inn Comfort.Disamping itu terdapat juga resort-resort kecil yang diusahakan oleh penduduk kampung sendiri.Antaranya resort kepunyaan bapa mertua saya ,Shahrom Homestay,dan juga resort kepunyaan Pak Long Mok selaku ketua kampung Pulau Tinggi.
Pulau Tinggi dibahagikan kepada 2 kampung,iaitu Kampung Pasir Panjang dan juga Kampung Tg. Balang yang merupakan pusat pentadbiran Pulau Tinggi.Di Kampung Tg. Balang terdapat sebuah masjid,sebuah pondok Polis,Klinik Desa ,Sekolah Rendah dan juga pejabat Ketua Kampung sendiri.